Dasar Pulangan Sumbangan
Pertubuhan Kasih Insan Malaysia sangat menghargai setiap sumbangan yang diterima. Pihak kami juga sentiasa memastikan bahawa setiap sen yang disumbangkan, sama ada secara atas talian atau manual, diproses mengikut aliran kerja yang telah ditetapkan sehingga sampai ke tangan penerima bantuan.
Tiada bayaran balik bagi sumbangan yang dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Kasih Insan (https://kasihinsan.org). Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang kesilapan semasa membuat sumbangan, anda boleh hubungi pihak Kasih Insan untuk tindakan selanjutnya. Segala keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan Pertubuhan Kasih Insan Malaysia adalah muktamad dan terikat kepada penderma.
Dasar Privasi
Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman sesawang Kasih Insan di kasihinsan.org.
Keselamatan Data
Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari laman ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi di laman ini. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan mana-mana organisasi diluar pengurusan Pertubuhan Kasih Insan Malaysia. Maklumat ini mungkin akan digunakan untuk tujuan pemasaran kempen-kempen Kasih Insan di masa hadapan.
Cookies
Pada masa ini, kami hanya menggunakan cookies asas yang diperlukan untuk memastikan sistem kami berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan membuat penambahan cookies untuk tujuan-tujuan lain di masa akan datang. Sebagai pengunjung, anda boleh memilih untuk membenarkan atau tidak membenarkan sistem untuk menggunakan cookies tersebut.
Pindaan Dasar
Pindaan terkahir pada dasar ini dibuat pada 1 Februari 2024. Sebarang pindaan kepada dasar privasi Kasih Insan akan dikemaskini pada halaman ini.
Terma dan Syarat
Laman sesawang ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pertubuhan Kasih Insan Malaysia (“Kasih Insan”, “kami”). Kasih Insan menyediakan laman ini, termasuk semua maklumat, perisian dan perkhidmatan yang tersedia dari laman sesawang ini, kepada anda, pengguna, dengan syarat penerimaan anda terhadap semua terma, syarat, dasar dan notis yang diterangkan di sini. Dengan menggunakan laman sesawang ini, anda bersetuju dengan semua terma, syarat, dasar dan notis tersebut.
Penggunaan Laman Sesawang
Laman sesawang ini adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial pengguna. Sebagai syarat kepada penggunaan, anda memberi jaminan kepada Kasih Insan bahawa anda tidak akan menggunakan laman sesawang ini untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau dilarang oleh Terma dan Syarat ini.
Ketepatan, Kelengkapan dan Ketepatan Masa Maklumat di Laman Sesawang
Pihak kami sentiasa berusaha untuk memastikan setiap maklumat yang dipapakan di laman sesawang kami adalah tepat. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab jika terdapat maklumat yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini. Sebarang maklumat atau bahan-bahan di laman ini disediakan untuk maklumat am dan tidak boleh digunakan untuk membuat sebarang keputusan tanpa merujuk kepada sumber maklumat yang lebih utama. Sebarang pergantungan yang dibuat pada bahan dan maklumat di laman ini adalah atas risiko anda sendiri. Kami berhak, untuk mengubah suai kandungan laman ini pada bila-bila masa, tetapi kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengemas kini sebarang maklumat di laman ini.
Penggunaan Bahan Daripada Laman Web
Kecuali dinyatakan sebaliknya secara jelas, laman ini dan semua kandungannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada perisian, fail, grafik dan data) adalah hak milik dan dimiliki oleh Kasih Insan dan/atau rakan-kongsinya, pembekal atau pemberi lesennya dan dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan dan undang-undang lain Malaysia dan negara-negara lain. Anda boleh memaparkan, memuat turun dan mencetak versi salinan keras bahan yang terkandung di laman ini secara elektronik untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial, dengan syarat anda tidak mengubah suai atau memadam sebarang hak cipta, tanda dagangan atau notis proprietari lain yang terpapar pada bahan asal.
Perubahan kepada Terma dan Syarat
Kasih Insan berhak untuk membuat sebarang erubahan kepada Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan Terma dan Syarat yang disemak di halaman ini. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak secara berkala untuk sebarang perubahan yang mungkin kami buat pada Terma dan Syarat ini. Versi terkini Terma dan Syarat boleh disemak pada pautan hiperteks “Dasar Kasih Insan” yang terletak di bahagian bawah laman sesawang kami. Dengan terus menggunakan laman ini, anda bersetuju menerima semua perubahan yang dibuat oleh Kasih Insan.